KUALA LUMPUR: Gara-gara terpedaya dengan janji manis gaji lumayan, seorang remaja 19 tahun menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia apabila menerima tawaran bekerja sebagai pengemas bilik, kononnya di sebuah hotel di Singapura.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Mira berkata, selain tawaran pendapatan sebanyak AS$1,100 (RM5,194.24), segala kos seperti penginapan dan perjalanannya ke destinasi turut ditanggung sepenuhnya oleh ejen pekerjaan.
Ujarnya yang berasal dari Skudai, Johor Bahru, pada mulanya dia difahamkan ejen tersebut telah mengatur sebuah van untuk membawanya ke Singapura.
Bagaimanapun, sangkaan meleset apabila dia bukan sahaja dipaksa bekerja sebagai scammer di KK Garden, Myawaddy, Myanmar tetapi perlu membayar sebanyak RM60,000 sebagai pampasan sekiranya mahu keluar dari kawasan berkenaan.
Difahamkan, pampasan tersebut dikenakan bagi mangsa melalui jalan belakang menggunakan sempadan Thailand-Malaysia di Kelantan manakala mangsa laluan depan perlu membayar RM40,000.
Menceritakan mengenai detik hitam dibawa ke pusat operasi scammer, Mira berkata, pada peringkat awal lagi dia mencurigai van dinaiki kerana menggunakan sempadan di Kelantan dan terus menuju ke Thailand.
Katanya, meskipun berasa gelisah dan takut melihat laluan yang digunakan sepanjang perjalanan, dia memutuskan untuk berdiam diri kerana bimbang keselamatannya akan terancam jika banyak bertanya.
“Perjalanan ketika itu mengambil masa seminggu untuk tiba kerana banyak laluan tikus dilalui," katanya baru-baru ini.
Kongsinya lagi, sebelum memasuki KK Garden, kumpulan sindiket itu terlebih dahulu membawa dia ke sempadan Thailand-Myanmar iaitu Mae Sot.
Sepanjang perjalanan menuju ke Mae Sot, katanya, mereka turut diarahkan untuk bertukar kenderaan bagi mengelirukan pihak berkuasa yang mengawal sekatan jalan raya.
Mira menambah, sebaik sahaja memasuki Mae Sot, kenderaan yang membawanya itu akan berhenti di sebuah lokasi sebelum dibawa memasuki ke KK Garden melalui laluan tikus.
Apabila sampai, barulah dia dan mangsa-mangsa lain dimaklumkan mengenai pekerjaan sebenar mereka iaitu, sebagai scammer.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan jenayah scammer atau penipuan kini dikategorikan pada tahap 'scamdemic', selepas menyaksikan hampir 40 peratus responden mengakui pernah berdepan dengan cubaan penipuan daripada lubuk scam, yang dipercayai beroperasi dari Myanmar, Laos serta Kemboja menggunakan teknologi siber.
Dapatan itu didedahkan hari ini dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Sosial dan Polisi Tun Tan Cheng Lock, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Huayan Policy Institute (HPI).
Astro Awani
Sun Nov 19 2023
Mira menambah, sebaik sahaja memasuki Mae Sot, kenderaan yang membawanya itu akan berhenti di sebuah lokasi sebelum dibawa memasuki ke KK Garden melalui laluan tikus. - Foto/hiasan
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Fahmi ingatkan penjawat awam, penerima STR tidak terpedaya penipuan dalam talian
"Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer)."
Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'
Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.
Pertingkat 'perisai' diri, elak jadi mangsa scammer - BNM
Orang ramai dinasihatkan meningkatkan 'perisai' diri bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' yang menjadi semakin berleluasa.
TH saran orang ramai berhati-hati dengan 'scammer' di Telegram
Terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.
Wanita rugi RM89,560 terperdaya tawaran kerja menerusi WhatsApp
Mangsa telah membuat 10 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu.
Cucu menangis minta nenek tolong, dakwa dipaksa jadi scammer di Myanmar
Niat untuk mencari peluang kerja di Thailand, bagaimanapun dipercayai diperdaya oleh rakannya sehingga terkandas dan dipaksa menjadi scammer atas talian di Myanmar.